CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 11, 2008

PILIHAN ANA..


Sekiranya ana diberi pilihan, ana ingin menjadi pantai yang memutih, tenang dan indah... Sayup mata menebar pandang.. Ada juga berteman dgn ombak yang membelai diri ana tanpa jemu dan jelak, tanpa rungutan, tanpa celaan . Andai sekali lagi ana diberi pilihan, ana ingin menjadi kuntuman wardah yang mekar, merah merekah menghiasi taman di muka bumi ALLAH.. Terlalu indah bile digubah.. Jika buat kesekian kalinya, ana diberi pilihan, ana terlalu ingin menjadi burung camar putih yang terbang bebas ke seluruh alam maya dengan ceria dan gembira. Berdecit-decit menyaksikan panorama yang berbeza-beza. Ana juga ingin menjadi laut yang dahagakan keperluan. Namun, pada realitinya pada zahirnya ana cuma manusia yang dipinjamkan ALLAH sejemput nyawa, seurat nadi untuk menempuh cabaran lautan, mengelak godaan kuntuman wardah, untuk menepis ombak di dada lautan, untuk menyaingi camar di angkasa dan yang paling pasti dinanti adalah KEMATIAN di akhir penghidupan ini.. Hanya redha dan pasrah aku bagi menyambut pancaroba yang bisa dan yang pedih dariMU ALLAH TUHAN ana YANG ESA...

0 comments: